Wednesday 6 December 2017

Tentang Khalisya Qaisara

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum. Seperti yang dinyatakan dalam post aku yang sebelum ni, aku akan ceritakan serba sedikit mengenai diri aku. 

Nama aku Khalisya Qaisara. Sedap kan nama aku? Haha. Nama tu suami aku yang beri. Ya..suami aku. Bukan ibubapa aku yang beri. Nama yang ibubapa aku beri lain. Nama asal Jennifer. Rasanya uols dah mengerti bukan? Aku seorang muallaf. Telah menerima hidayah daripada Allah pada tahun lepas. Alhamdulillah.

Aku dah berkahwin selama setahun 3 bulan. Belum lagi dikurniakan cahaya mata. InsyaAllah ada rezeki daripada-Nya nanti. Aku berasal dari Sarawak. Suamiku Shukri, berasal dari Terengganu. Sekarang aku bekerja di area Gombak, Selangor sebagai seorang pengajar di sebuah kolej kemahiran swasta. 

Aku rasa cukup setakat itu untuk pengenalan kali ini. Yang selebihnya akan menyusul dalam post yang akan datang. InsyaAllah. 


Tuesday 5 December 2017

Khalisya Qaisara Membebel

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum,

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ayat apa untuk permulaan blog ni. Walaupun blog ini bukan yang pertama aku ada. Sebelum ni blog yang aku ada terpaksa aku 'hapuskan' disebabkan hampir semua perkara seperti link blog, post blog aku adalah berkenaan ex aku. So sekarang setelah sekian lama bersara dari dunia blog dan aku pun dah berkahwin, aku merasakan ingin berblog semula. 

Oleh sebab tu, blog ini boleh dikatakan hanya blog peribadi aku. Kalau dah cakap peribadi tu bermaksud aku akan berkongsi apa sahaja yang aku nak. Mungkin akan terdapat luahan hati berupa carutan atau makian dalam blog ni memandangkan aku seorang pengajar di sebuah kolej kemahiran swasta. Aku berdepan dengan student di dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 33 tahun setiap hari. Stress itu adalah perkara biasa. So aku just gunakan bahasa santai saja dalam blog aku ni.

So kita ucapkan selamat berblogging la kepada diri sendiri. Haha. Untuk post seterusnya aku mungkin akan kongsikan serba sedikit mengenai diri aku yang tak seberapa nak fofular ni. Hihi. Selamat membaca (kalau ada orang baca lah..)